ASSALAMUALAIKUM
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Kelapa Matag adalah variasi terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman kelapa di negara ini. Kelapa Matag adalah kelapa hibrid hasil daripada pendebungaan bersilang antara Kelapa Rendah Malaya dengan Kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina. Kelapa Malaya G1 (generasi pertama) mula ditanam di Malaysia sejak lebih 10 tahun yang lalu. Kini Kelapa Matag mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk ditanam sama ada di kawasan rumah bagi kegunaan sendiri atau ditanam di kebun pada skala kecil atau ditanam di ladang pada skala besar.
Buah Kelapa Matag berwarna sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah Kelapa Matag adalah lebih tinggi berbanding kelapa jenis lain. Kelapa Matag boleh mengeluarkan antara 25 - 30 ribu biji buah setahun sehektar. Variasi ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang Robust dan Vigorous. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik serta hujan yang mencukupi, Kelapa Matag akan mula berbunga pada tahun ke-3 dan proses penuaian atau memetik hasil dapat dilakukan pada tahun ke-4.
Buah Kelapa Matag yang matang