30 May 2013

KAMI MOHON MAAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. Saya wakil bagi Encik Fauzi ingin memohon maaf atas banyak kekurangan dan halangan yang berlaku ketika ini. Kami memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi permintaan beberapa pelanggan dalam tempoh masa ini. Untuk pengetahuan tuan puan, Encik Fauzi tidak sihat dan dalam keadaan lemah. Beliau menghidap penyakit barah hati dan usus sejak dua tahun yang lalu. Sebelum ini, beliau masih berupaya menjalankan beberapa pekerjaan tetapi keadaan beliau semakin lemah pada masa sekarang. Maka perniagaan kelapa matag ini terpaksa ditangguh buat sementara waktu. Segala kesulitan amat dikesali. Mohon kepada semua agar sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Encik Fauzi agar beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah...

Sekian.

25 January 2013

Benih Kelapa Matag Hibrid G2

Sejajar dengan seruan kerajaan supaya menjadikan pertanian suatu perniagaan, maka kami telah mengusahakan penghasilan Kelapa Matag Hibid G2. Buah kelapa yang dijadikan benih diambil daripada pokok Kelapa Matag G1 yang ditanam sendiri. Hanya buah yang berkualiti dan gred yang baik dipilih untuk dijadikan benih yang berkualiti.




Buah Kelapa Matag tua untuk benih



 Buah yang terpilih disusun untuk proses percambahan



 Buah yang telah bercambah dialih ke tempat semaian



 Anak benih yang berusia sebulan



 Anak benih yang berusia 2 bulan



 Anak benih yang berusia 3 bulan



 
 Anak benih yang berusia 4 bulan



 Benih Kelapa Matag yang sesuai untuk dipasarkan



Buah kelapa yang dikeluarkan dari tapak semaian

Hasilan dari Kelapa Matag Hibrid

1.   Kelapa Muda
  • Sangat sesuai untuk bisnes air kelapa muda dan coconut shake kerana kuantiti airnya yang banyak dan isi yang tebal, lembut serta lemak.

2.   Kelapa Matang
  • Sangat sesuai untuk bisnes santan segar kerana santan yang dihasilkan sangat berkualiti, lebih pekat, lebih lemak dan lebih putih berbanding santan kelapa jenis lain.

3.   Kelapa Tua
  • Sangat sesuai untuk menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi.
  • Kelapa tua yang terpilih juga boleh disemai untuk menghaislkan benih kelapa matag.
  • Dijadikan kelapa kopra.

Keistimewaan Kelapa Matag Hibrid


  • Pokok yang rendah bagi memudahkan kerja-kerja mengutip hasil.
  • Mula mengeluarkan hasil pada tahun ke-4.
  • Boleh mengeluarkan hasil hingga usia pokok 60 tahun.
  • Mengeluarkan hasil antara 60 - 140 biji sepokok pada 6 tahun pertama.
  • Mampu menghasilkan antara 150 - 160 biji sepokok pada tahun ke-7 keatas.
  • Saiz buah yang lebih besar.
  • Bilangan buah yang lebat (15 - 25 biji/tandan)
  • Kandungan air yang banyak.
  • Isi yang tebal.
  • Sabut yang nipis.



Pokok Kelapa Matag yang ditanam di ladang

Keperluan bagi tanaman Kelapa Matag Hibrid

Kelapa Matag tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana pokok kelapa tidak mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan antara 1300 - 2300 mm/tahun. Suhu optimum bagi tanaman kelapa ialah 27`C - 30`C. Kawasan terlindung dan sentiasa mendapat tiupan angin yang kencang juga tidak sesuai untuk tanaman Kelapa Matag.

Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang 2000 jam/tahun dengan kelembapan relatif 80 - 90 % . Tanaman kelapa biasanya ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa pada ketinggian lebih 900 meter akan lambat membesar dan mengeluarkan hasil yang sedikit serta buah yang lebih kecil.

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah di Malaysia. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanaha yang agak rata, bersaliran baik, berstruktur lom berpasir dan subur. Kelapa Matag sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau double hedge row pattern. Jarak antara pokok yang disyorkan ialah 6m x 6m. Kepadatan optimum yang disyorkan adalah antara 180 -200 pokok sehektar. Saiz lubang berukuran 0.6m x 0.6m x0.6m perlu disediakan. 200gm baja fosfat dimasukkan ke dalam lubang dan digaul bersama tanah. Anak benih kelapa boleh mula ditanam selama 2 minggu. Anak pokok kelapa hendaklah disiram dengan air sebelum ditanam. Menanam anak pokok kelapa dilakukan dengan meletankkan anak pokok ke dalam lubang dan ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak di sekeliling pangkal anak pokok kelapa.

Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia










Kelapa Matag adalah variasi terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman kelapa di negara ini. Kelapa Matag adalah kelapa hibrid hasil daripada pendebungaan bersilang antara Kelapa Rendah Malaya dengan Kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina. Kelapa Malaya G1 (generasi pertama) mula ditanam di Malaysia sejak lebih 10 tahun yang lalu. Kini Kelapa Matag mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk ditanam sama ada di kawasan rumah bagi kegunaan sendiri atau ditanam di kebun pada skala kecil atau ditanam di ladang pada skala besar.

Buah Kelapa Matag berwarna sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah Kelapa Matag adalah lebih tinggi berbanding kelapa jenis lain. Kelapa Matag boleh mengeluarkan antara 25 - 30 ribu biji buah setahun sehektar. Variasi ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang Robust dan Vigorous. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik serta hujan yang mencukupi, Kelapa Matag akan mula berbunga pada tahun ke-3 dan proses penuaian atau memetik hasil dapat dilakukan pada tahun ke-4.



Buah Kelapa Matag yang matang